TERMA & SYARAT

1. PENGENALAN

Terma dan syarat ini berkaitan dengan pembelian barangan produk kain sulam secara atas talian melalui laman web Kain Sulam Quesera Collections www.kainsulamquesera.com

Sila baca dan faham secara terperinci akan terma dan syarat ini, sebelum pelanggan membuat pembelian atas talian. Terma dan syarat ini boleh dipinda pada bila-bila masa oleh pihak kami tanpa pemberitahuan mana-mana pihak terlebih dahulu.

 

 

2. AM

2.1       Sila rujuk di page Cara Tempahan (how-to- order) untuk langkah-langkah membuat tempahan.

2.2        Buat pembayaran selepas pengesahan tempahan. Produk kain sulam akan dibuka kembali untuk jualan jika tiada pembayaran dilakukan.

2.3       Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kaedah yang dipaparkan di laman web beserta bukti pembayaran.

2.4       Perjanjian ini termaktub apabila pihak kami telah menerima pesanan dan pembayaran pelanggan beserta resit sebagai bukti pembayaran.

2.5      Semua harga yang dipaparkan di laman web dan termasuk apa-apa cukai atau perkhidmatan tambahan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

2.6      Pengakuan penerimaan pesanan melalui web atau emel bukan jaminan kepada pembelian dan penghantaran. Pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan jika kami tidak dapat menghantar produk kerana ketiadaan stok dan akan digantikan dengan produk lain pada kadar nilai yang sama di atas persetujuan bersama.

2.7       Semua gambar dan imej produk yang terpapar di laman web ini adalah warna sebenar dengan warna kain sulam yang anda bakal miliki kerana kami amat komited dengan hasil pencahayaan dengan menggunakan kamera bersolusi tinggi.

2.8       Pihak kami berhak untuk mengubah semua harga, promosi, tawaran dan produk tanpa sebarang notis awal.

 

 

3. KEROSAKAN DAN KEHILANGAN PRODUK

3.1      Kami akan memastikan bahawa tiada kerosakan pada produk semasa proses kiriman pos.

3.2      Pelanggan boleh membuat aduan kerosakan dan pemulangan produk dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan. Proses penghantaran semula akan mengambil masa tidak lebih dari tujuh (7) hari bekerja.

3.3     Pelanggan perlu menghantar produk rosak dan bukti penerimaan barangan tersebut untuk tujuan penukaran semula dan kos penghantaran semula adalah tanggungan pelanggan.

3.4     Pelanggan boleh membuat aduan sekiranya produk yang dipesan hilang atau tidak diterima dengan megemukakan bukti yang sah.

 

4. POLISI PEMULANGAN PRODUK

Kami amat komited untuk memastikan kepuasan pelanggan dari mana-mana pesanan produk kain sulam kami.

4.1      Produk yang rosak perlu dibungkus dalam bungkusan asal dan dilampirkan bersama ‘nombor tracking’ bagi tujuan rujukan pihak kami.

4.2       Kami tidak akan menerima sebarang pemulangan tanpa produk dengan bungkusan asal atau telah digunapakai atau rosak.

4.3      Sila hubungi ‘support center’  untuk pemulangan produk yang rosak (defect).